Saturday, June 13, 2009

Tip jadi kaya. ...............

1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.

Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.

Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.

2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.

Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.

3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul

Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.

4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan

Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.

5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.

Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.

Sumber dari:Berita Harian

Monday, May 4, 2009

ANDA TIDAK RUGI UNTUK MENCUBA TETAPI RUGI JIKA ANDA TIDAK MAHU MENCUBA!..

Kegagalan kita hari ini bukan disebabkan sudah suratan takdir, tapi kegagalan itu adalah kerana kita yang membuat pilihan untuk gagal. Cuba kita pilih untuk berjaya, pastinya KEJAYAAN itu akan menjelma menjadi kenyataan.

"Aku malaslah nak buat bisnes ni...."
"Aku tak pandai lah buat bisnes yang macam ni...."
"Aku dah cuba buat dulu tapi GAGAL!....."

Ramai manusia sering memberikan sejuta alasan untuk menolak sesuatu peluang yang datang kepada mereka. Kebanyakkan mereka rasa kehidupan mereka sudah selesa, tetapi sebenarnya mereka berada di dalam kesusahan.

Sikap EGO membuatkan ramai manusia RUGI....

Nak BERUBAH?!..... JANGAN beri ALASAN....

* Saya TAKUT ( Belajar Jadi Berani )
* Saya MALU ( Teruskan Sekiranya Malu Itu Beri Duit )
* Saya TAK RAMAI Kawan ( Cari Kawan Baru )
* Saya Belajar TAK TINGGI ( Semangat Lebih Utama )
* Saya Banyak HUTANG ( Jadi Nak Biarkan Saja? )
* Saya Mana Ada MASA ( Masa Kita Yang Atur )
* Saya Mana Ada DUIT ( Dulu Pun Sama Juga, Jadi Cari Duit! )
* Saya Dah Cuba Banyak Kali Tapi TAK MENJADI ( Pasti Ada Silap Kat Mana-mana )
* Saya Fikir Dulu Lah... ( Mari Kita Fikir Sama-sama )
* Saya TAK YAKIN ( Tak Buat Mana Nak Yakin )
* Saya BOLEH Buat Ker?! ( Memang Boleh!! )


KALAU ANDA MASIH EGO, TERUSKAN LAH.....
SEKIRANYA EGO BOLEH BAGI ANDA DUIT.....
SAYA TAK RUGI APA-APA PUN.....

JADILAH BOSS SENDIRI...TENTUKAN MASA DEPAN KITA........
HUBUNGI SAYA SEGERA...MASA TIDAK AKAN MENUGGU KITA....
JANGAN PANDANG KE BELAKANG LAGI...AYUH KITA MAJU KE HADAPAN.....

BEST REGARDS:
MUHAMAD FITHRI (017-6635618)
=>millionaire in the making<=

Saturday, April 18, 2009

MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM

JIKA anda serius terhadap masa depan anda dan
menjadikan MLM sebagai ‘jalan’ untuk masa depan
yang gemilang, maka sekaranglah masanya untuk anda
bertindak serius terhadap perniagaan MLM anda.
Sememangnya MLM adalah perniagaan yang besar dan
serius. Bahkan jika anda menjalankan perniagaan ini
secara sambilan, anda tetap menjalankannya dengan
serius dan kesungguhan.
Sudah berlalu zaman MLM dijadikan bahan senda gurau.
Sudah tidak kedengaran lagi kata-kata, “Jual
sabun boleh kaya?…”atau “Mana ada meniaga modal
RM100…” atau “ Siapa masuk MLM bermakna dia jadi
kuda tunggangan orang yang di atas …” Sekarang ini
orang makin mempercayai MLM dan makin ramai yang
menjadikan MLM sebagai jalan untuk membina masa
depan.
Yang penting ialah kepercayaan anda. Jika anda
percaya, maka anda boleh. Mengapa masih tidak
percaya sedangkan di seluruh dunia dan di Malaysia
sudah ramai yang hidup senang lenang dari hasil usaha
mereka di dalam MLM pada masa lalu. Siapakah yang
tidak anda percayai? MLM atau diri anda sendiri? MLM
hanyalah perniagaan atau ‘jalan’ untuk mencapai masa
depan yang gemilang. Dan ia telah dipercayai, diakui,
dan terbukti sebagai perniagaan yang menghasilkan
lebih ramai jutawan berbanding perniagaan lain. Yang
menjayakan MLM adalah diri anda sendiri. Jadi, jika
anda memberi kepercayaan kepada diri anda sendiri,
maka perniagaan MLM adalah untuk anda.
Anda juga mestilah percaya bahawa perniagaan
MLM bukanlah seperti bermain silap mata – hari ini
berniaga, minggu depan kaya raya. Anda mesti percaya
bahawa MLM sama seperti perniagaan lain iaitu
mengambil masa yang panjang untuk membinanya
hingga menjadi kukuh dan boleh dijadikan tempat
berteduh untuk anda dan keluarga. Sama juga dengan
perniagaan atau perkara lain, semestinya anda akan
menemui rintangan dan beberapa kegagalan sementara
sebelum mencapai kejayaan. Tidak ada jalan singkat
dan tidak ada istilah ‘duduk-duduk dan berjaya’. Lebih
tepat lagi, tidak ada jalan singkat dalam keusahawanan.
Orang-orang yang berjaya di dalam MLM sekarang
ini bukan orang lebih rehat dari bekerja pada masa lalu.
Mereka adalah orang-orang yang sanggup. Mereka
sanggup mengalami 1001 kesakitan sebelum menikmati
kejayaan sekarang ini. Mereka tidak pernah tergerak
untuk mencari jalan singkat dan mudah kerana
sememangnya tidak ada jalan mudah dan singkat di
dalam perniagaan.


7 sebab mengapa BOLEH JADI JUTAWAN melalui MLM

1) MLM adalah perniagaan yg tidak melibatkan org tengah.
- Barangan berdedar drp pengguna kepada pengguna yang lain melalui proses penajaan. Pendapatan yg dinikmati akan dinikmati sesama pengguna melaui bonus.

2) Modal perniagaan MLM adalah kecil
- Perniagaan dgn modal keci tetapi utng berlipat ganda. Keuntungan boleh didapati melebihi puluhan ringgit. Malahan boleh meraih ratusan ribu ringgit apabila berjaya...Hebat MLM.

3)Dilakukan tanpa tekanan dan menjimatkan masa.

4) MLM dilakukan melalui proses penggandaan.
- Penajaan ribuan ahli bukan dilakukan seorang diri..Kita taja cuma 6 org...dari 6 org menjadi 36...berganda menjadi 216 bergan..dan berganda.. Ia dilakukan oleh downline melalui proses duplikasi.

5) Boleh mendapat bimbingan sewajarnya drp upline.

6) Peniagaan MLM melibatkan seni perhubungan sesama manusia.

7) Risiko MLM adalah amat kurang berbanding perniagaan lain...

Apa Tunggu lagi????
Jangan biarkan kata orang lain membelenggu diri anda...
Buatlah keputusan sendiri dengan cepat dan tepat...
Jangan mengeluh "kalaulah aku join cepat,tentu aku dah jadi macam dia" di kemudian hari...
Hubungi saya MUHAMAD FITHRI B HAMDAN (Future Millionaire)
017-6635618

Wednesday, April 15, 2009

Adakah anda terperangkap seperti 90% penduduk dunia?

Jika anda mengambil beberapa orang biasa sebagai sampel dan rekodkan perjalanan hidup mereka sepanjang hayat, anda akan mendapati trend seperti berikut:

1) Mereka bersekolah selama 20 tahun dari hidup mereka.

2) Mereka bekerja 40 tahun dari hidup mereka

3) Mereka bersara selama 5 tahun, dengan pencen yang jumlahnya hanya 40% dari pendapatan semasa mereka bekerja. Ini tentunya tidak cukup untuk menampung kehidupan yang selesa.

Kebanyakan dari anda berada di dalam sistem ini. Sistem ini Pincang! Ianya cukup tidak masuk akal! Kita mempunyai satu sistem universal yang mengajar kita menjadi golongan pekerja sepertimana semua orang lain! Anda bersekolah menimba ilmu pengetahuan, kemudian anda bekerja dengan pendapatan yang selalunya tidak mencukupi selama 40 tahun. Apabila tiba masa bersara, anda menghabiskan sisa-sisa hidup dengan bergantung kepada orang lain. Hebat betul konsep ini!!

Mari kita kaji lebih jauh lagi. Sebahagian besar manusia hidup di dalam apa yangg dipanggil - Jerat MASA UNTUK DUIT. Lebih banyak masa anda luangkan kepada majikan anda lebihlah pendapatan anda. Sedikit masa bekerja anda sedikit pulalah imbuhannya. Anda kerja 9 jam anda dibayar untuk kadar 9jam. Anda kerja 4 jam anda digaji untuk kadar 4 jam juga. Jika anda tidak bekerja anda tidak dapat apa-apa. Ini pendapatan "LINIER".

Ramai orang tersalah angapan bahawa pekerjaan itu satu jaminan biarpun pada dasarnya tiada jaminan dalam pekerjaan! Dan yang paling sedihnya anda mungkin tidak seronok dengan pekerjaan anda. Para profesional yang berpendapatan tinggi pun terkongkong di dalam jerat MASA UNTUK DUIT ini, kecuali mereka yang berada di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Jika anda merasakan anda berada di dalam keadaan ini, teruskan bacaan anda......

Jadi! Apa Penyelesaiannya?

FAKTA: Ada sebuah industri yang sangat menarik di dalam pasaran yang mengikut maklumat sejarah telah melahirkan lebih ramai jutawan daripada industri-industri yang lain. Sebuah industri yang sedang berkembang pesat untuk mendahului semua yang lain dalam penjualan.

Industri ini telah menghasilkan jualan melebihi $100 Billion tahun lepas melalui produk dan perkhidmatan yang terkini, hebat dan menterujakan.

Apakah industri ini?

Pemasaran Rangkaian. Anda mungkin berkata, "Oh tidak! tak payahlah!" dan buat muka menyampah. Tetapi sebelum itu, tanyakanlah diri anda soalan-soalan berikut:

1) Adakah aku benar-banar tahu apa sebenarnya industri ini?

2) Adakah aku puashati dengan gaya hidup aku hari ini dan adakah ia memberikan aku peluang bekerja secara separuh masa (10-15 jam seminggu) dengan pendapatan 6 angka dan menikmati hidup seperti yang sepatutnya.

Jika jawapan anda TIDAK, saya cadangkan anda untuk mengambil perhatian yang lebih serius terhadap industri ini.

Jadi, Apa sebenarnya Pemasaran Rangkaian?

Secara asasnya ia merupakan satu cara memindahkan produk dan perkhidmatan daripada pembuat/pengilang kepada pengguna tanpa menggunakan khidmat orang tengah melalui cara pengiklanan yang paling berkesan:

"Berita dari mulut ke mulut". Samada anda sedar atau tidak, anda sudah berada di dalam industri pemasaran rangkaian atau MLM ini. Apa yang anda lakukan setelah menonton sebuah filem yang hebat? Anda beritahu semua rakan anda!! Jadi, apa berlaku jika anda dibayar komisyen royalti bila orang yang anda beritahu menonton filem itu. Anda tentunya akan memberitahu lebih ramai orang lagi.

INI lah yang sebenarnya yang kita lakukan di dalam bisnes ini!

Adakah ini bukan sistem piramid? Mari kita buang keraguan ini sekarang juga.

Dengan tegas dinyatakan bahawa ia BUKAN sistem piramid.

Industri MLM tidak lagi diragui! Ianya diperakui sebagai bisnes yang boleh dipercayai oleh semua pakarujuk yang berkredibiliti sebagai model bisnes yang menguntungkan dan sah dari segi undang-undang!

Jualan secara sistem piramid atau sistem Ponzi telah lama diharamkan.

Sistem piramid berkait rapat dengan "scams" di mana orangramai diperdayakan untuk menyertai permainan wang tanpa produk yang sah dan melibatkan jumlah wang yang besar sehingga ribuan dollar. Dan duit yang anda hasilkan adalah daripada hasil yuran pendaftaran mangsa/ahli yang turut serta.

Sebuah Struktur Piramid:

Tahukah anda bahawa semua bisnes dibina menggunakan struktur piramid!

Lihat struktur di dalam sebuah korporat biasa. Ia ada CEO atau Presiden dipuncaknya. Kemudian ia ada para pengarah, kemudian pengurus, diikuti dengan penyelia dan akhir sekali pekerja bawahan yang melakukan segala kerja!

Siapakah yang memperolehi pendapatan tertinggi di dalam organisasi itu? Tentunya mereka yang berada di puncak bukan!!

Sebaliknya, hakikat ini tidak benar didalam industri MLM. Apa yang membuatnya lebih menarik ialah orang yang di bawah berpotensi untuk menghasilkan pendapatan yang lebih daripada orang yang di atas.

Pertanyaan saya kepada anda...Cara siapakah yang lebih baik?

Jangan berlengah lagi....Mengambil masa yang lama akan melambatkan peluang anda untuk mencapai kejayaan......
Hubungi saya:
MUHAMAD FITHRI (017-6635618)

Friday, April 10, 2009

CIRI-CIRI PENIAGA ISLAM

1. Niat berniaga mesti betul. Misalnya hatinya berkata begini, "Di tempat ini ramai umat Islam, tapi satu pun tak ada kedai runcit. Ini hal fardu kifayah. Kalau tak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Kalau begitu aku nak buka kedai runcit." Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul, hatinya berkata, "Aku nak berniaga supaya untung, bila untung aku akan jadi orang kaya, semua orang akan pandang dan kagum dengan aku".

2. Perkara yang diniagakan sah atau halal menurut Islam. Setiap barangan yang diniagakan mestilah barangan yang halal dan tidak mendatangkan mudarat kepada umat Islam dan manusia keseluruhannya. Orang Islam dilarang atau melibatkan diri dalam perniagaan berbentuk judi, arak, pelacuran dan sebagainya.

3. Perlaksanaan atau pengendalian kedai hendaklah dijalankan mengikut syariat. Timbangan atau sukatan mestilah betul, tidak ada penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.

4. Natijah mesti betul. Hasil keuntungan mestilah disalurkan kepada kehendak syariat. Apabila mendapat untung, cukup haul maka keluarkanlah zakat. Membantu fakir miskin, menderma kepada masjid dan surau, berkorban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya. Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan daripada perniagaan itu ke meja judi, ke tempat-temapt hiburan yang melalaikan dan lain-lain lagi.

5. Jangan tinggalkan solat. Berniagalah pada bila-bila masa yang anda mampu tetapi jangan sampai meninggalkan solat. Solat itu ialah fardu ain dan lebih utama daripada berniaga. Perniagaan yang dijalankan oleh orang-orang yang tidak solat tidak diterima sebagai ibahdah di sisi Allah S.W.T.

TAMAT.....


Apa tunggu lagi....
Jadilah usahawan Alphalipid...
Tiada ragu-ragu dalam perniagaan ini...
InsyaALLAH kite semua boleh berjaya...

Daripada:
MUHAMAD FITHRI(Millionaire in the making)
017-6635618

Friday, April 3, 2009

LAYAKKAH ANDA DIGELAR USAHAWAN?

Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan? Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta berkarisma untuk menjual idea-idea tersebut. Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya adalah seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.

Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab di dalam segala yang dilakukannya.

Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu :

1. Mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.

2. Berkebolehan untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.

3. Boleh menetapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.

MENGATUR STRATEGI PEMASARAN

Apakah itu pemasaran? Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.

Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut :

1. Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.

2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.

3. Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebarkan maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.

4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.

5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.

6. Justeru itu peniaga/usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.

7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.

Strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi dan demografi.

Friday, March 27, 2009

Satu Keluarga Satu Perniagaan

Keadaan ekonomi yang runcing dan tidak menentu memberi impak yang amat besar kepada kita. Jesteru itu pakar-pakar ekonomi berkata, suata masa nanti "kesemua keluarga" perlu memikirkan memulakan perniagaan secara "part-time" untuk menampung keluarga atau "satu keluarga satu perniagaan". Ini kerana, ekonomi semakin meningkat,harga barang semakin naik dan yang penting sekali, gaya hidup (lifestyle) turut meningkat.

Krisis ekonomi global mengambil masa untuk pulih. Di saat tahap ekonomi yang semakin mencengkam ini, apakah tindakan anda? Mungkin gaji anda sekarang tidak mampu bertahan untuk sebulan. Rancang dan usahakan sesuatu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Sudah pasti, salah satu caranya dengan menyertai New Image International.

Bagaimana? Hanya bermodalkan RM450 (pembelian 3 tin Alpha Lipid sahaja) anda boleh memulakan perniagaan anda dan dapat menambahkan pendapatan harian serta mengandakan pendapatan bulanan anda insyaallah.....macam mereka.

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh meningkatkan pendapatan bulanan anda dengan Alpha Lipid Lifeline hubungi saya 017-6635618 ( FITHRI )