Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan? Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta berkarisma untuk menjual idea-idea tersebut. Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya adalah seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.
Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab di dalam segala yang dilakukannya.
Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu :
1. Mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.
2. Berkebolehan untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.
3. Boleh menetapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.
MENGATUR STRATEGI PEMASARAN
Apakah itu pemasaran? Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut :
1. Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
3. Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebarkan maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.
6. Justeru itu peniaga/usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.
Strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi dan demografi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment